Masa husband ajak aku macam tak yakin je.sbb before ni penah plan tp tak jadi sebab tak bersungguh.kali ni aku siap book hotel.mula2 laki aku tak bagi book lg.sebab gaji dia ptg sabtu baru masuk.aku pikir kalau tak book lagi macam musnah je harapan aku.ada kemungkianan cancel.hahaha.last2 aku booking je dekat booking.com.yang best booking.com ni kita tak payah bayar pape masa booking.cuma dia mtk details kredit kad je untuk secure booking.aku takde credit card tapi aku just masukkan no debit card.dia accept je.tapi aku pilih options untuk bayar cash la masa check in nanti.kami pergi 2d2n je.aku ambik hotel dekat brinchang.nama Country Lodge Hotel.harga satu malam Rm158.agak mahal jugak tp standard la sebab cuti sekolah
2 hari sebelum date kita tu booking.com bagi pelung untuk kita cancel.free ye kalau nk cancel time tu.tp kalau dah lebih dari masa dia bg tu dia akan charge kita melalui no card yg kita bagi tu.so klu nak cancel make sure 2 hari sebelum date kita tu ye.
Kami bertolak dari kota damansara dalam pukul 10 pagi.kami naik ikut simpang pulai.mula2 hubby nak naik ikut tapah.tapi hujan so tak berani la.sepanjang perjalanan mendaki tu memang hujan je.sampai brinchang dalam pukul 3.check in hotel dulu sebab arissa muntah dalam kete.qayla pulak popo sampai tembus pampers kena seluar.haih anak2 mama terkejut ke papa bawak g holiday.haha.
Country Lodge Hotel ni not bad la aku rasa.baca review ada yang good ada yang bad.aku pun was2 jugak masa dah booking tu.hampir2 nak cancel dah.tapi aku suka location dia.dekat pekan brinchang.selalunya org suka stay dekat brinchang je sebab tengah2 n dekat dengan pasar malam.walaupun dekat tengah pekan tapi hotel ni belakang sikit.bukan tepi jalan.tenang je rasa.and satu lagi tak payah pening pasal parking.sbb dia ada parking sendiri.staff pun ok.aku pilih bilik 2 katil single.boleh gabung dua katil.so besar la sikit dari ambik katil queen je.selesa la tido 4 beranak kitorang.
Ni Country Lodge Hotel dr depan
Tempat pertama kitorang pegi ialah taman sedia dekat tanah rata.aku ingat jauh nau tanah rata dengan brinchang.dekat je pun.kalau tau aku book hotel tanah rata je sebab murah sikit.hehe.sebelum pegi tu aku ada la buat research sikit pasal tempat2 menarik kt CH.yang rasa tak perlu pegi tu tak masuk dalam itenary aku la.aku pegi 2d1n je.nak pegi semua tempat tak sempat la.so kena ada planning.
Dekat kg sedia ktorang singgah dekat kedai2 dia.cantik kampung ni.tenang dan nyaman.sejuk2 pulak tu.ni antara kampung melayu cameron ni.kalau nk shopping boleh la untuk support org melayu.ada ladang strawberry.boleh petik sendiri.masa kami sampai tu hujan baru stop.kabus tebal.sejuk sangat.belikan arissa glove.happy betul budak tu.seronok tengok anak happy.aku sempat beli sambal strawberry ikan masin abang yang femes tu.sedap.tapi agak mahal jgk pada aku.satu bekas kecik tu rm16.nak makan banyak2 pun sayang.haha.
Suka la dapat makan lolipop
Qayla tido masa ni.rumah belakang tu cantik
Nampak tak kabus
First pic 'wefie'.ingat senang ke laki aku nak bergambar
lepas tu g cari scones yang femes tu dkt KHM cafe.cafe ni tutup pukul 5.30.ktorang sampai pukul 5.sempat la makan.aku amik set scones with strawberry tea.
KHM Cafe.Qayla baru bangun
Budak seronok pakai glove
Set scones n strawberry tea.Rm15 per set
Orang minum teh dia pun nak jgk
Dekat agro al mashoor.tapi dah tutup time ni.bergambar je la
Lepas abis pusing taman sedia ktorang pegi pasar malam.dah pukul 6 time tu.semua tempat pun dah tutup.lgpun hujan lebat.mula2 hubby nak balik hotel je.lepas tu nampak macam reda sikit.pegi terus je la.malas nk kluar balik nnt.bawak payung sorang satu.beli cepat2.hujan turun lebat balik.sekejap je la kt pasar malam.malam tu tak g mana.duduk bilik layan gegar vaganza.haha.
Habis gegar vaganza lapar balik.anak2 pun segar je sebab dorang baru bangun tido.kitorang g kluar ronda2 sambil2 cari kedai.last2 g kedai ikan bakar paknik je.depan jalan masuk hotel je pun.tp tak makan ikan bakar.aku order tomyam,nasi n telur dadar.laki aku order nasi goreng sotong.boleh tahan jgk makanan dia.harga pun berpatutan.
Topi anak2 beli dekat pasar malam
Qayla ni ssh betul nk duduk diam tangkap gambar
Habis aktiviti hari pertama.hari kedua next entry ye.
Gud nitee











