Thursday, 6 February 2014

Bayi Kuat Berpeluh Di Kepala

Arissa da umur 5bulan lebih sekarang.dah pandai meniarap dan menjalar tapi reverse ke belakang.itu normal kawan aku cakap.nanti da cukup kuat kaki tu baru la dia menolak ke depan.
Aku perasan arissa lately ni kuat betul berpeluh.tapi bahagian kepala sampai ke belakang leher especially masa menyusu.malam pulak masa nak tido pun sama.takkan malam pun panas kot.dengan kipas terpasang.dia punya berpeluh tu sampai basah la bantal or tilam.arissa ni jarang tido berbantal.
Aku ada google tengak pengalaman mommies yang lain pasal anak kuat berpeluh ni.lega la bila ramai jugak yang ada pengalaman sama.aku jumpa forum yang buat thread pasal ni.mostly cakap bayi berpeluh kepala tu adalah normal especially bayi 3bulan hingga 5bulan tapi ada jgk yang sampai 8 bulan.and ramai mommies yang share tu anak dorang paling kuat paling kuat berpeluh masa umur 5bulan.berpeluh kepala sahaja ok.bahagian badan lain takde pulak.
Tapi kalau rasa peluh tu macam over n berlebihan berlebihan better pergi jumpa pakar.ada satu blog ni cakap mungkin bayi dalam tekanan atau kelenjar peluh rosak atau ada masalah lain yang lebih serius.so elok lah tanya pada yang lebig arif.aku pun rasa kalau sampai 6bulan tak berenti jgk berpeluh tu aku ingat nak bawak ke pakar jugak.sebab sometimes naik ruam dekat area leher dia.tp arissa ni ruam dia cepat baik.sapu bedak sejuk ok la.kita.tengok la macam mana nnt.so harap info ini membantu melegakan anda.sharing is loving right?

posted from Bloggeroid

Wednesday, 15 January 2014

Arissa cirit birit

Arissa kena cirit birit masa umur dia 3 bulan.masa tu abang aku kawen.kesian arissa.apa la mama dia makan sanpai dia yang jadi mangsa.hehee.makan daging banyak kot.
Sehari dia akan buang air besar dalam 5 ke 6 kali.time tengahari paling kerap.lepas tukar diaper tiba2 berak lagi.sampai kena baju kadang2.penah 3kali berturut-turut tukar baju sebab kena najis dia.tapi dia still aktif n tak buat perangai.tak merengek2 pun.tapi mama tetap la susah hati kan.buntot pun da melecet.sedig tengok.aku just sapu nappy cream pureen kat buntot yang merah tu.ada la aku baca kalau baby cirit birit memang akan melecet buntot dia sebab najis cirit birit berasid.sebab tu kena tukar diaper dia cepat2.tak boleh biar lama.so far nappy cream pureen tu serasi la dengan arissa.kurang la merah tu.
Akak aku suruh pegi klinik.takut arissa dehydrate.ubun ubun dia pun dah ke dalam sikit.tu tanda air dalam badan da kurang.tapi bila malam papa dia balik keja dia punya cirit tak seteruk siang hari.kalu siang asal menyusu je mesti berak.malam ok pulak.sampau hari ke 5 kot baru kami bawak arissa ke klinik.oh terlupa pulak.hari ke 3 dah bawak g klinik.tapi tak ok jak.klinik kedua ni klinik pakar kanak2.nama dia medikids.dekat seberang jaya.bagus klinik ni.dia cakap perut arissa kembung.aku ada bg banyak air masak ke dia tanya.mana la aku penah bagi arissa air masak.then dia bukak pampers tgk buntot melecet ke x.dia cakap merah tak teruk.aku cakap la sapu cream.doktor tu pun macam pelik kenapa arissa ok je.tak meragam.bagus anak mama ni.doktor bagi lima jenis ubat.ubat angin 2 jenis,ubat keraskan najis,ors,and cream nappy 2jenis.satu utk lapisan atas n saru untuk lapisan bawah.harga rm75.dia cakap dalam 3 hari boleh baik.
Alhamdulillah la cirit birit arissa da semakin balik lepas tu.4 hri lepas tu doktor call tanya perkembangan.bagus kan?so sapa area penang aku recommend la klinik ni.doktor dia lelaki cina.harga dia aku rasa affordable la.takda la mahal sangat rasanya.location dekat bandar sunway area celcom centre.ok nak makan sat.bye.

posted from Bloggeroid