Thursday, 26 November 2015

Percutian ke Cameron Highlands

Minggu lepas family kecik kami pergi bercuti ke cameron highland.hadiah anniversary ke 3 kata hubby.actually aku memang dah lama teringin nak holiday kat sana.dok merancang tapi asyik tak jadi dari anak sorang sampai anak dua.kali nj memang nekad.kebetulan kami attend wedding dekat kl hari sabtu.pagi ahad gerak ke CH.

Masa husband ajak aku macam tak yakin je.sbb before ni penah plan tp tak jadi sebab tak bersungguh.kali ni aku siap book hotel.mula2 laki aku tak bagi book lg.sebab gaji dia ptg sabtu baru masuk.aku pikir kalau tak book lagi macam musnah je harapan aku.ada kemungkianan cancel.hahaha.last2 aku booking je dekat booking.com.yang best booking.com ni kita tak payah bayar pape masa booking.cuma dia mtk details kredit kad je untuk secure booking.aku takde credit card tapi aku just masukkan no debit card.dia accept je.tapi aku pilih options untuk bayar cash la masa check in nanti.kami pergi 2d2n je.aku ambik hotel dekat brinchang.nama Country Lodge Hotel.harga satu malam Rm158.agak mahal jugak tp standard la sebab cuti sekolah

2 hari sebelum date kita tu booking.com bagi pelung untuk kita cancel.free ye kalau nk cancel time tu.tp kalau dah lebih dari masa dia bg tu dia akan charge kita melalui no card yg kita bagi tu.so klu nak cancel make sure 2 hari sebelum date kita tu ye.

Kami bertolak dari kota damansara dalam pukul 10 pagi.kami naik ikut simpang pulai.mula2 hubby nak naik ikut tapah.tapi hujan so tak berani la.sepanjang perjalanan mendaki tu memang hujan je.sampai brinchang dalam pukul 3.check in hotel dulu sebab arissa muntah dalam kete.qayla pulak popo sampai tembus pampers kena seluar.haih anak2 mama terkejut ke papa bawak g holiday.haha.

Country Lodge Hotel ni not bad la aku rasa.baca review ada yang good ada yang bad.aku pun was2 jugak masa dah booking tu.hampir2 nak cancel dah.tapi aku suka location dia.dekat pekan brinchang.selalunya org suka stay dekat brinchang je sebab tengah2 n dekat dengan pasar malam.walaupun dekat tengah pekan tapi hotel ni belakang sikit.bukan tepi jalan.tenang je rasa.and satu lagi tak payah pening pasal parking.sbb dia ada parking sendiri.staff pun ok.aku pilih bilik 2 katil single.boleh gabung dua katil.so besar la sikit dari ambik katil queen je.selesa la tido 4 beranak kitorang.

Ni Country Lodge Hotel dr depan

Tempat pertama kitorang pegi ialah taman sedia dekat tanah rata.aku ingat jauh nau tanah rata dengan brinchang.dekat je pun.kalau tau aku book hotel tanah rata je sebab murah sikit.hehe.sebelum pegi tu aku ada la buat research sikit pasal tempat2 menarik kt CH.yang rasa tak perlu pegi tu tak masuk dalam itenary aku la.aku pegi 2d1n je.nak pegi semua tempat tak sempat la.so kena ada planning.

Dekat kg sedia ktorang singgah dekat kedai2 dia.cantik kampung ni.tenang dan nyaman.sejuk2 pulak tu.ni antara kampung melayu cameron ni.kalau nk shopping boleh la untuk support org melayu.ada ladang strawberry.boleh petik sendiri.masa kami sampai tu hujan baru stop.kabus tebal.sejuk sangat.belikan arissa glove.happy betul budak tu.seronok tengok anak happy.aku sempat beli sambal strawberry ikan masin abang yang femes tu.sedap.tapi agak mahal jgk pada aku.satu bekas kecik tu rm16.nak makan banyak2 pun sayang.haha.
Suka la dapat makan lolipop

Qayla tido masa ni.rumah belakang tu cantik

Nampak tak kabus

First pic 'wefie'.ingat senang ke laki aku nak bergambar

lepas tu g cari scones yang femes tu dkt KHM cafe.cafe ni tutup pukul 5.30.ktorang sampai pukul 5.sempat la makan.aku amik set scones with strawberry tea.

KHM Cafe.Qayla baru bangun

Budak seronok pakai glove

Set scones n strawberry tea.Rm15 per set

Orang minum teh dia pun nak jgk

Dekat agro al mashoor.tapi dah tutup time ni.bergambar je la

Lepas abis pusing taman sedia ktorang pegi pasar malam.dah pukul 6 time tu.semua tempat pun dah tutup.lgpun hujan lebat.mula2 hubby nak balik hotel je.lepas tu nampak macam reda sikit.pegi terus je la.malas nk kluar balik nnt.bawak payung sorang satu.beli cepat2.hujan turun lebat balik.sekejap je la kt pasar malam.malam tu tak g mana.duduk bilik layan gegar vaganza.haha.
Habis gegar vaganza lapar balik.anak2 pun segar je sebab dorang baru bangun tido.kitorang g kluar ronda2 sambil2 cari kedai.last2 g kedai ikan bakar paknik je.depan jalan masuk hotel je pun.tp tak makan ikan bakar.aku order tomyam,nasi n telur dadar.laki aku order nasi goreng sotong.boleh tahan jgk makanan dia.harga pun berpatutan.

Topi anak2 beli dekat pasar malam

Qayla ni ssh betul nk duduk diam tangkap gambar

Habis aktiviti hari pertama.hari kedua next entry ye.
Gud nitee





Friday, 13 November 2015

Jaundice atau demam kuning

Minggu ni ada dua org kawan terdekat yang bersalin.dua2 baby boy.and dua2 dah di detect jaundice tp masih paras yang tak merbahaya.

Tiba tiba teringat pulak kisah anak-anak aku yang prolonged jaundice.kawan-kawan aku ni bersalin anak kedua.masa anak first anak dorang tak kena jaundice.so bila kena anak kedua ni dorang agak panik la.aku masa arissa dulu pun panik jugak.risau,stress semua ada.masa qayla agak cool sikit la.maklumla dah ada pengalaman.

Jaundice or demam kuning adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

Apa pulak bilirubin tu?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
So hati baby lambat matang sebab tu susah nak uraikan bilirubin tu untuk dikeluarkan dr badan melalui najis.

Arissa masa lahir berat dia 2.52kg je.itu juga faktor yang menyumbang jaundice dia tinggi and lambat turun.

2 hari lepas lahir Arissa dah kena admit wad kanak-kanak.tak sempat balik rumah pun.huhu.masa tu kuning dia rasa around 200++.kena duduk bawah lampu.dua lampu pulak tu.dah la dia jenis tak nak duduk.nak mngempeng menyusu je.letak ja menangis.mama pun menangis sama.aku letak dalam baby cot tu and goyang2 sikit sambil selawat.lepas tu cakap kat dia kalau nak balik duduk la bawah lampu kejap.jangan la nangis..alhamdulillah tido jgk. esoknya dh boleh balik.

Lepas balik rumah continue checkup dekat klinik kesihatan pulak sebab belum sampai paras selamat lagi.just banyakkan susu badan.tapi kuning dia naik balik ke 255.macam2 petua la yang org bagi.kitorang try la yang mana ada.mandi air inai,minum sengkuang cina,mandi air kucai,air taugeh.makan anggur hitam n beli ubat dekat satu klinik dekat sini yg org cakap mujarab untuk kuning.dah lama dah klinik tu.dari zaman mak aku bersalinkan aku pun dah ada dah dia.cuma sekarang doktornya dah tukar la.tp keturunan dia jgk.ubat tu just titiskan berapa titik dalam mulut baby.tapi kuning dia still main2.turun sikit pastu naik banyak.

Asyik ulang checkup je.sedih sangat tengok kaki dia kena cucuk amik darah.selalunya mil aku yg dukung dia bawak masuk bilik ambik darah tu.sampai la satu hari tu bacaan naik ke 299!gelabah aku.doc kk refer ke hospital untuk admit sekali lagi.doc tu sempat sembang dengan aku.dia bgtau anak2 dia xde yang kena kuning lg.tips nya dia bg minum fm.yes formula milk.kebetulan dia pulak jenis yg susu badan tak keluar selagi tak urut.so dia suggest aku bg fm dekat Arissa sebab bila minum fm nnt dia popo banyak.

Apapun tetap kena g hospital sebab nk check darah takut ada sebab lain berkaitan hati or tyroid.and nak kena masuk bawah lampu lagi.sebab 299 tu sangat tinggi.malam tu dekat wad aku curi2 bg dia fm.sambil meleleh2 air mata sebab rasa bersalah.dia pun pandang je aku cakap2 dengan dia.lagi la lebat air mata aku.alhamdulillah.duduk hospital semalaman je.

Lepas balik tu aku continue lg fm.sambil try tips2 lain.memang kuning dia makin turun.tp slow2 turun.faktor berat badan sama.sampai la hr ke 21 baru habis kisah jaundice Arissa.mama memang tak senang duduk selagi tak abis.

Qayla pulak lahir 2.55kg.aku dah agak mesti kena jugak ni.yup hr ketiga dah nampak jelas kuning dia.g check kk memang ada la.agak tinggi jgk.tapi aku cool lg.bagi mandi air inai,air kucai.maintain breastfeed.kejut dia kalau dia tido overdose.aku paksa dia mnyusu sejam sekali.aku memang nekad kali ni nak try breastfeed je.tak nak suap2 apa2 lg.n tak nak bg fm lg.tengok dulu sampai aku rasa perlu bg baru aku bg.

Makin hari makin naik jaundice dia.last2 dah sampai 290.tapi masa qayla ni doc ada refer graph.bacaan jaundice vs berat baby.so doc cakap dia tak perlu admit lg sbb masih under control based on berat dia masa lahir.lega la aku.terus suruh husband beli anggur hitam.aku picit2 anggur hitam amik air n tapis.qayla ni jarang popo.lg susah la kuning nak turun.bg je air anggur.lepas tu terus popo.malam tu baru papa beli fm.and still breastfeed.hasilnya turun jgk bacaan tu sikit.

Memandangkan jaundice dia belum habis lagi masa umur dia 2 minggu so kena refer ke hospital untuk ujian darah.tp tak admit.just g amik darah and sample air kencing tuk check kalau2 ada penyakit lain like masalah hati,thyroid,etc..

Lepas 2minggu tu appointment jumpa doc.alhamdulillah.jaundice dia dah boleh close.tinggal 47 je.time qayla ni mungkin procedure lain sikit kot.lepas umur dia 2 minggu n kena amik sample darah tu aku tak payah g kk dah utk checkup.cuma tunggu result hospital je.sbb tu tak stress sgt.aku continue fm sampai abis jaundice je.lepas tu stop nk fully breastfeed balik.

Kesimpulannya anak2 aku Arissa dan Qayla ni mungkin darah aku tak sesuai untuk dorang.so breastfeed tak dapat bantu turunkan kuning dorang.aku pernah baca artikel pasal ni.walaupun aku darah B+.selalunya yang prolong jaundice ni ibu2 darah O.

Tips2 yang aku guna hanyalah ikhtiar.tak semestinya sesuai dengan semua kan.kita just buat yang terbaik.Allah yang berkuasa nak tentukan semuanya.



Thursday, 29 October 2015

Tips Kurus

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak share ebook pasal kurus pulak.penulis ebook ni tuliskan sendiri pengalaman dia untuk kuruskan badan.dia buat kajian sendiri sehingga berjaya kurangkan 30kg dalam masa setahun!!
Harga ebook ni murah je.hanya RM47 shj!ya Rm47!cepat dapatkan sebelum harga dinaikkan.untuk baca lebih lanjut boleh click
FormulaKurus.com

Tips Memulakan Bisnes Fotografi

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share pasal satu ebook ni.tajuk dia
Panduan Memulakan Bisnes Fotografi.

Bidang fotografi sekarang ni dah jadi pekerjaan profesional.dah ramai yang jadi fulltime photographer.syaratnya ada minat,ada bakat,ada camera,ada kesungguhan.

Sekarang ni semua event/celebration nak guna photographer.baby shower,maternity,newborn,akikah,birthday,konvo,kahwin,tunang,nikah,pre wedding,post wedding.fuh berebut2 orang nk cari photographer ni.mmg boleh buat duit lah!

Kepada yang baru nak berjinak2 dalam dunia fotografi ni dan berniat nak mulakan bisnes dlm bidang ni aku cadangkan korang beli ebook ni di BisnesFotografi.com

Dalam ebook ni ada terangkan bagaimana nak memulakan bisnes fotografi daei A to Z dengan risiko yang minima.

Korang akan diberitahu set kamera DSLR dengan bajet yang paling minima untuk bermula dalam bidang ni,cara pengiklanan,belajar menggunakan kamera sehinggalah tips meletakkan harga perkhidmatan korang

Cubalah!
Tak rugi invest untuk memulakan sesuatu yang baik.



Saturday, 17 October 2015

First solid food qayla

Seperti yg dijanjikan aku nak cerita pengalaman mempuree menggunakan shake n take.

Ok untuk first solid food aku bagi qayla puree pear.macam biasa la kena steam dulu.ada setengah org suka rebus.ikut suka mana yg selesa.then lepas dh lembut aku biarkan sekejap bg sejuk sebelum masuk dalam tumbler.



bila dah sejuk or suam  boleh la start blend.make sure masuk betul n lock.



Hasilnya..

HALUSSSSS

Aku tapis jgk utk dapatkan yg betul2 halus lg sbb baru first time makan kan.tp sbb dia dah betul2 halus mmg sikit je hampas2 yg tertinggal dalam penapis tu.tu pun sbb aku ada tertinggal bnda yg keras dekat biji tu.buang x abis.



Memang puas hati aku beli shake n take ni.sekain buat puree boleh guna buat jus.lepas tu boleh minum terus.nak bawak travel pun senang sbb xgedabak n banyak part macam baby bullet.to baby bullet th still dapat berjasa dekat qayla sbb aku guna storage dia utm simpan stok.tak la rasa terkilan sgt sbb rosak

Mommies yg mana dok mencari blender utk buat puree or bubur anak aku recommend sgt beli je shake n take.tapi kalau utk ank first aku paham mesti nak beli yg canggih2.hehe

Qayla yang kekenyangan

Tuesday, 13 October 2015

Review beli barang dari lazada malaysia

Qayla,my second daughter dah masuk 6 month.diam2 da masuk anak dua kan.haha.fyi qayla lahir 22 ogos 2015.kakak arissa sekarang dh 2y2m.ok2 sambung.so mama macam biasa la excited for her first solid food.anak tak tau pape maknya yg lebih.so kena la prepare barang2 sikit.masa kaka arissa dulu my sis hadiahkan baby bullet.tapi baby bullet tu dah rosak motor dia.tak boleh nak continue utk adik qayla.kena la beli baru.

Kalau nak ikutkan hati(read:nafsu) memang la teringin nak guna beaba or avent steam n blender.paling koman pun nak tommee tippee.selepas pikir semasak masaknya aku rasa tak payah la beria beli yg mahal.pakai sekejap je nnt.so aku decide either hand blender or shake n take je.dan final decision ada lah shake n take sbb hand blender macam tak yakin je boleh tahan lama.

Ok survey harga shake n take di lazada.banyak jenis dan harga pun lain.biasa la kan sbb byk supplier.shake n take yg latest sekarang adalah shake n take 3.aku beli yg latest je la.so lepas try n error masuk cart keluar cart,masuk voucher itu ini akhirnya aku rs aku dpt best price yg sangat2 murah.just rm35.54 sahaja termasuk postage.harga asal rm52.lazada ni korang kena pandai cari best deal.baru boleh dpt best price yg sgt worth it.aku guna voucher rock30.sepatutnya voucher ni dpt less rm30 but since my item xsampai rm60 mayb sbb tu dpt less around rm15 je.ok la tu.so lepas 2 hari aku da received parcel.

Arissa yg over

Macam biasa arissa la yg sibuk bila ada parcel.semua dia punya.dalam set shake n take 3 ni ada 1blender and 2 tumbler,2 penutup and 1 blade.aku dah rasmi buat jus honeydew.sorry adik.hehe.btw aku memang puas hati servis lazada.cepat dan yg penting MURAH!lepas ni boleh beli lg.

Untuk review puree guna shake n take nnt aku buat entry lain.ok daaa

Tuesday, 15 September 2015


Robocar Poli

Set robocar poli 4 in 1

POLI,AMBER,ROY,HELI

Rm60 free postage to semenanjung

Whatapps 0175650114